//------------------------------------------------------------------------ //------------------------------------------------------------------------
:: Selamat Datang ::

Kaedah Pengiraan PNM dan HPNM

salam

banyak persoalan bagaimana nak mengira Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM - Nilai keseluruhan)...sepatutnya inilah perkara pertama sebagai student kena tahu apabila menjejak kaki ke Kolej Komuniti atau mana2 IPT

Sebab dengan mengetahui kaedah penilaian secara HPNM inilah yang akan menSEDARkan diri ..bahawa tiada istilah honeymoon atau tunggu last sem baru nak pulun..
Sbb bagi mereka yang mendapat Purata Nilai Mata (PNM - Prestasi dalam satu-satu semester/peringkat pengajian sahaja) yang rendah pada tahap/sem 1 maka sakitlah nak naikkan HPNM pada sem/tahap seterusnya

Dan maka SEDARlah juga ..bahawa betapa pentingnya kena score pada subjek yang mempunyai jam kredit yang besar...

*********************************************************************************

okes perbincangan kita bagaimana nak mengira PNM/HPNM nie adalah....pertama kena tau sistem gred di Kolej Komuniti






Markah tuh adalah markah yang kamu dapat per 100 bagi satu-satu subjek

nilai dalam jadual tuh adalah NILAI MATA

Contoh :
Pelajar nama ali ambil subjek Pendidikan Islam dapat 86% maka
Gred dia dapat utk pendidikan Islam adalah A- (3.67)


*********************************************************************************


okes..perbincangan kedua adalah...kamu kena tahu Jam Kredit setiap modul yang kamu ambil ..kamu leh lihat menerusi Portal iPelajar> Keputusan (Tahu tak macamana nak login iPelajar ? Baca di SINI)






okes..jam kredit bagi setiap subjek seperti yang kamu nampak pada column JAM tuh

so bayangkanlah kerugiaan pada mereka2 yang tak score pada subjek Jam Kredit yang tinggi...kenapa ??? teruskan pembacaaan..


*********************************************************************************

Sampai pada peringkat nie ...kamu sepatututnya dah tau apa itu jam kredit dan sistem gred yang diguna pakai..lain institusi mungkin lain sistem gred nyer..

dalam mengira keputusan kamu nie ada dua jenis :-

1. Keputusan semasa sem/tahap itu yang dipanggil PNM (purata nilai mata)

2. Keputusan keseluruhan sem/SMK/SKK yang dah diambil dipanggil HPNM (Himpunan Purata Nilai Mata)


*********************************************************************************

Ok..utk mengira PNM..senang je..cuba teliti gambarajah bawah nie :-




dapatkan mata kredit dulu (seperti warna merah tuh dimana jam kredit bagi setiap subjek (darab) nilai mata yang kamu dapat).... dijumlahkan maka dapatlah Jumlah Mata Kredit = 50.99

 
kemudian jumlahkan juga jam kredit bagi semua subjek yang diambil pada sem/tahap tuh ..maka dapatlah Jumlah jam kredit = 17.5

so nak kira PNM = Jumlah Mata Kredit (A darab B) (dibahagi denganJumlah Jam Kredit (A)

maka berdasarkan contoh di atas,

PNM pelajar ini = 50.99 (bahagi) 17.5 = 2.91
                 

*********************************************************************************

manakala bila nak kira HPNM pulak...

HPNM ..rumus yang sama ngan PNM tadi...beza PNM adalah dikira prestasi pada sem itu sahaja

Kalau HPNM kiralah Jumlah Mata Kredit utk semua subjek dari sem 1 hingga 4 (dibahagi dengan) Jumlah Jam Kredit (A) bagi semua subjek daripada sem 1 hingga sem 4


*********************************************************************************

Kesimpulannya :-

1. Rugilah sapa tak score awal2 sebab makin bertambah semester makin besar pembawah Jam Kredit (A) tuh..

2. Rugi besau sapa yang sengaja tak mau score subjek yang punya jam kredit besau...contoh sipulan A score subjek SPP104 jam kredit subjek nie 4..kalau dapat A ..maka mata kredit dia dapat 16 tuh..banyak wwoooo...

sekian..selamat mencuba ..dan jgn menyesal bagi yang dah terlepas..dan yang baru tuh..beringatlah dan kuatkan semangat untuk belajau dan terus belajau demi masa depan anda sendiri


Semoga Berjaya daripada Team.iDBMS